Wednesday, March 2, 2011
kejadian yang tak di sangka..
Ape lagi motor aku terlanggar kereta tu..dan aku tercampak ke tepi jalan..alhamdullilah masa tu kenderaan lain tidak keadaan laju..kalu tak tahu ape akan jadi pada aku..aku agak ini mungkin peringatan allah agak lebih berhati-hati lagi..brader yang langgar aku tu,,nampak takut dari riak wajahnya...mana tak nya dia yang salah..persimpangan bomba keluar masuk..mana boleh u-turn..itu hanya di khaskan untuk jentera bomba keluar masuk aje..
Dia masih kontrol yang dia tak bersalah..nasib baik ada kawan dia hantar aku ke rsat(klinik tentera)..aku kena xray satu badan hari ini..nasib baik tak de luka..cuma bahagian belakang sakit sikit..doktor kata otot belakang aku koyak sikit..
Diklinik pun lama aku tunggu...3 jam ..jap lagi aku nak jumpa brader ni ,nak settlekan..macam mana ?
tahniah..tahniah..tahniah...
S Chanturu (m-49)
Norshahrul Idlan Talaha (m-74,80)
Percubaan tersasar : Kelantan (5) Negeri Sembilan (8)
Sepakan sudut : Kelantan (1) Negeri Sembilan (5)
Sepakan percuma : Kelantan (16) Negeri Sembilan (21)
Ofsaid : Kelantan (5) Negeri Sembilan (2)
Kekasaran : Kelantan (14) Negeri Sembilan (14)
Kad kuning : Negeri Sembilan (Idris Abdul Karim dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Empat minit
Penguasaan bola : Kelantan (55%) Negeri Sembilan (45%)
Penolong Pengadil 1: M Sivanesan
Penolong Pengadil 2: Mohd Mazlan Mohd Desa
Pegawai Keempat : Mohd Rahimi Mohd Noor
Komisioner Perlawanan : Azman Sulong
General Kordinator : Arif Hassan
Monday, February 28, 2011
antara islam dan kristian
Seorang ayah berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah dengan keadaan isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka. Setelah beerapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju ke arahnya."Bagaimana keadaannya, doktor?" tanyanya penuh harap.
"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaanya amat kritikal. Si ibu sudah tidak sedarkan diri." Jawab doktor itu.
"Jadi,bagaimana doktor..?"
"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan kedua-duanya, tapi masih ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan si bayi."
Lelaki tersebut kebingungan, dan tidak dapat berkata apa-apa...
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat membuat pilihan!"desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati,lelaki itupun berkata dengan nada sayu,"Doktor, saya sangat bingung... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.
Ini adalah satu salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan di saat genting. Seorang doktor beragama Kristian/ Katolik, ia akan beruasaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu. Bagi doktor Muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.
Memang benar, kedua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamad. Mengapa ia boleh berlaku sedemikian?
Dalam agama Kristian, setiap manusia yang lahir membawa dosa, doktrin ini dikenali dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa . Untuk menebusnya, ia harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya menyelamatkan si anak,agar ia dapat lahir dengan selamat dan sihat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu. Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan, dengan tujuan untuk menebus dosanya. Ini kerana dosanya belum sempat ditebus.
Dalam Islam, setiap manusia yang lahir dalam keadaan fitrah dan suci. Doktor Muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana ia tidak bimbang akan bayi yang masuk neraka. Dengan terselamatnya si ibu, Insya-Allah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapat ganti yang lebih baik, yang lebih soleh. Sedangkan anak yang tak sempat diselamatkan, biarlah ia kembali ke Penciptanya dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan ke dunia yang penuh tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang sesat.
Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki tadi tidak sempat untuk memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada doktor itu.
Di dunia ini, ada banyak agama dan kepercayaa. Kita akan sering dihadapkan dengan pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.
Kisah ini adalah salah satu daripadanya contohnya. Beruntunglah orang yang selalu diberi jalan untuk mencari ilmu yang bermanfaat, yang selalu dijadikan pedoman dalam mengambil keputusan dari sekian banyak pilihan yang ada.
TERUSKANLAH MENGKAJI ILMU-ILMU AGAMA, MUDAH-MUDAHAN PENGETAHUAN YANG KITA PEROLEH AKAN SEMAKIN MEMANTAPKAN KITA DALAM MEMUTUSKAN SUATU MASALAH, DAN SEMOGA AKAN LEBIH MENDEKATKAN KITA KEPADA ALLAH S.W.T
(dipetik dari zharifalimin.blogspot.com)
Saturday, February 26, 2011
ape nak jadi dengan kelantan....
Thursday, February 24, 2011
heloo....
lagu ini fav.. masa darjah 6..lama cari kat you tube..ni baru jumpa...
Tuesday, February 15, 2011
malam ni kelantan vs kuala lumpur
Monday, February 14, 2011
selamat menyambut hari keputeraan nabi muhammad saw
saya mengucapkan selamat bercuti sempena Sambutan Maulidur Rasul. Semoga Maulidur Rasul kali ini bukan setakat hanya perarakan yang dilakukan di seluruh negara tapi disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan bahawa kita umat islam amat patut bersyukur kerana kelahiran baginda telah membawa kerahmatan yang amat tidak terhingga. Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
cerita rahsia dari seorang paderi
Saturday, February 5, 2011
kejutan bagi kita yang selalu beli barangan ini
di sebalik gerakan rusuhan di mesir..
Iraq kedua akan menyusul di Afrika Utara pula. Umat Islam yang baghal, bahlol dan bangang akan menang sorak tetapi tidak menyedari satu lagi wilayah Islam tergadai di tangan Amerika Syarikat yang sentiasa memastikan Zionis Israel akan terjaga.semua ini hanya untuk minyak..mereka kan cuba menguasai semua negara berhampiran dengan israel dengan meletakkan orang suruhan baru..yang mana lebih teruk dari regim yang sekarang berkuasa..ini semua hanya untuk lahirkan israel bersatu meliputi mesir hingga ke jordan dan yamen..fikirkan lah...
Tuesday, February 1, 2011
kelantan menang lagi...
“Perjalanan seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama”. Pepatah tersebut memang kena dengan tempatnya jika dikira dengan perjalanan Red Warriors untuk bersama-sama dengan kuasa elit bolasepak tanahair.
Kejuaraan pertama musim 2011 ini semalam iaitu dengan membenam Selangor di tempat lawan dan menjulang Piala Sultan Hj Ahmad Shah menjadi suatu katalis bagi musim yang boleh dikatakan penuh berliku ini.
Penuh dengan kontroversi dan disi dengan pelbagai drama tidak menjadi halangan yang sukar ketika pasukan yang dibimbing Dato’ M Karathu ini dengan selamba mengutip tiga mata berharga di tempat lawan dan kemudiannya mendakap piala pertama utuk musim ini.
Perlawanan yang dijangka panas sebenarnya agak teratur untuk Red Warriors untuk 30 minit pertama pertama perlawanan. Sebelum ini para penonton digoyahkan sedikit oleh keputusan perlawanan pra musim yang agak teruk seharusnya boleh menarik nafas lega dengan persembahan pemain-pemain yang baru diambil untuk musim ini.
Secara logiknya, pemergian Indra dan Farhan untuk mengatur serangan tidak perlu lagi digusai oleh para penyokong. Suntikan larian kencang oleh Nurul Azwan (Awe) di sebelah kiri dan gelecekan oleh Soley disebelah kanan mengundang rasa terhibur untuk penyokong yang secara amnya masih lagi mengharap sentuhan Nor Shahrul Idlan untuk membuat penyudahan.
Menang dengan dua gol di tempat lawan adalah suatu petanda yang Kelantan tidak goyah sedikit pun untuk menjalani musim 2011 yang panjang ini. Mengambil kesinambungan tahun lepas dengan persembahan yang sangat cemerlang ditempat lawan, skuad yang diketuai oleh Piyaa mempamerkan hantaran pendek yang kemas dan dibantu oleh larian cemerlang oleh Daudsu.
Mungkin suatu yang boleh diperbaiki ialah rasa yang terlalu hormat kepada pemain Selangor seperti Safee dan Amri yang membataskan ‘keinginan’ untuk menyerang kubu lawan. Zairul Fitri (Roypi) yang agak sibuk mengawal Safee dan sekali sekala ‘clearance’ yang agak liar dari Rizal dan Ishe membantutkan tempo menyerang kubu lawan.
Gerakan cemerlang Awe pada minit ke-6 dan seterusnya menghadiahkan sepakan penalti untuk Kelantan dan gol cemerlang sepakan percuma Piyaa sebenarnya membenarkan semua rakyat Kelantan untuk bermimpi lebih pada tahun ini. Dibantu oleh pengurusan yang cemerlang, skuad ini sepatutnya boleh pergi lebih jauh lagi dan seterusnya mempersiapkan skuad dengan penuh kesungguhan sebelum Liga M menampilkan pemain import pada tahun hadapan. Perlawanan semalam juga seperti yang diperkatakan oleh M Karathu ialah kemenangan sepasukan. Red Warriors seperti satu unit yang mantap dengan formasi awal 4-5-1 dan kemudiannya bertukar kepada 4-3-3 pada separuh masa kedua.
Mungkin akur dengan barisan tengah Selangor yang agak ‘ternama’, taktikal mudahnya ialah dengan meletak lima barisan tengah dengan hanya Mat Yo yang bertindak seorangan di bahagian hadapan. Secara dasarnya, ini menyebabkan barisan enjin midfield selangor tidak berjaya beroperasi dengan baik dan mengundang kemarahan K Devan seterusnya mengeluarkan tiga midfielder ‘ternama’ mereka iaitu Hardi, Safiq dan Amri. Walaupun begitu, akibat kurang sokongan dan berseorangan , gerakan Mat Yo agak terbatas dan ini mengurangkan kebarangkalian untuk menjaringkan gol.
Kekurangan percubaan ke arah gol lawan seperti pada masa pertama adalah suatu yang perlu di perbaiki oleh panel kejurulatihan Kelantan dan formasi 4-3-3 pada separuh masa kedua adalah alternatif yang baik untuk taktik menyerang.
Persembahan yang baik semalam juga menampakkan beberapa tanda yang positif buat Kelantan dalam menghadapi Liga Super musim ini. Antaranya ialah :-
- a) Piyaa akan dapat lebih banyak peluang menyempurnakan sepakan percuma dan membuktikan lebih banyak gol dihasilkan oleh set piece ini.
- b) Barisan tengah yang teratur menyusun gerakan menyerang bermula dari Shakir.
- c) Khairul Izuan Rosli (Pemain muda) mempunyai potensi yang cemerlang dan boleh diketengahkan walaupun perlu mengawal kegopohannya menyusun gerakan.
- d) Kelantan boleh menggunakan sebaikknya Winger (Awe dan Soley) dan apa yang perlu ialah meletakkan penyerang yang mempunyai skill tandukan ( Rojo).
- e) Daudsu kembali menjadi kereta kebal dan mengatur potensi menyerang dengan overlapping yang laju.
- f) Rizal dan Farisham menampilkan tag-team yang baik walaupun kegusaran kehilangan Azizi masih lagi tebal. Mereka sebenarnya bermain agak baik dengan mengekang Safee dan Fadzli Shaari dari membuat percubaan bahaya. (walaupun satu tandukan mengenai palang)
- g) Apek masih ‘cool’ untuk menampilkan persembahan yang baik dalam menjaga gawang. (Walaupun man of the match, kejayaan semalam adalah untuk sepasukan)
Dalam kegembiraan memenangi piala pertama musim ini, terdapat juga beberapa aspek yang masih perlu diperbaiki bagi menjadikan impian TSAM dan seluruh peminat bolasepak Kelantan untuk melihat kita menjadi “SUPERWARRIORS’ menjadi kenyataan.
Antara yang perlu diambil perhatian ialah bagaimana mahu mencari gol selain daripada Mat Yo yang nampaknya akan dikawal dengan ketat oleh pertahanan lawan. Begitu juga barisan pertahanan yang perlu lebih relaks dan membaca permainan pihak lawan.
Masalah penonton juga tak dapat dari apabila melibatkan Red Warriors. Penonton kita perlu lebih berhemah walaupun perlawanan semalam menampakkan satu benda yang sangat jelas untuk kita imbas untuk kejohanan Piala AFF tempoh hari. Ultras ialah dari pihak Red Warriors dan geng tembak laser ialah jelas dari penonton Selangor.
Ini dapat dibuktikan semalam semasa Mat Yo mahu menendang penalti dan semasa pasukan Selangor memperolehi sepakan sudut dan tendangan percuma. Mutu pengadilan juga boleh dipertingkatkan dan ianya adalah penting selaras dengan transformasi Liga M yang dilancarkan baru-baru ini.
Seterusnya ialah pertemuan dengan Terengganu, satu ‘derby’ pantai timur dan Red Warriors sepatutnya menghadiahkan penyokong Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke –IV tiga lagi mata berharga. Seperti kata pepatah di awalan tadi, Langkah pertama sudah dimulakan dengan jayanya dan InsyaAllah langkah seterusnya akan lebih bergaya untuk mencapai impian semua membentuk “Happy Superwarriors”.



Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.