Tuesday, February 1, 2011
harga minyak naik lagi
PETALING JAYA, 1 Feb [10.12 am] - Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuat kuasa tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter berbanding RM2.40 sebelumnya. Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari tahun ini. Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapungkan mengikut pasaran dunia. Sementara itu Zulkifli berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini. "Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya. Beliau berkata harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu. Pada 4 Jan lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen pada menjadikannya RM2.40 seliter.[Apapun yang berlaku, kita ucapkan syabas dan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menyokong UMNO BN terutamanya bagi mereka yang mengundi di DUN Tenang hujung minggu lalu. Sehari seleps BN menang, maka terus mereka beri hadiah kepada rakyat yang kononnya didahulukan. Tambah mengejutkan ialah kenaikkan itu bukan diumumkan oleh Menteri UMNO sebaliknya diwakilkan kepada Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia. Memanglah pengusaha minyak amat berbangga dan seronok dengan kenaikkan ini sebenarnya. Kenapa tidk suruh rakyat yang mengeluarkan kenyataan?. Apakah Ismail Sabri takut dirinya sekali lagi menjadi mangsa agaknya?. Ternyata kini "pengusaha stesen minyak diutamakan dan bukannya rakyat". Tapi masih ada puak-puak UMNO BN yang sanggup memuji kenaikkan ini dengan kata mereka "Walaupun Ron97 dinaikkan, tetapi kerajaan tetap menanggung kos subsidi yang tinggi untuk minyak Ron95 sebagai tanda prihatin terhadap rakyat Malaysia. Adakah pembangkang mampu melakukan perkara ini jika mereka memerintah?" klik sini buktinya. Soalnya, kenapa bila naik ikut pasaran dunia, tetapi bila pasaran minyak dunia itu turun minyak kita tetap tidak juga turun-turun?].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment